Skip to main content

Perkongsian Amalan Terbaik PAT Peringkat Daerah Miri 'Pengacaraan Majlis"

Bengkel perkongsian Amalan Terbaik Guru Perpustakaan dan Media (GPM) merupakan satu program anjuran Pusat Kegiatan Guru Miri dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa GPM Daerah Miri. Bengkel ini merupakan satu siri jelajah ke sekolah-sekolah sekitar daerah Miri yang memfokuskan pembangunan profesionalisme dalam kalangan Guru Perpustakaan dan Media Daerah Miri (GPM), Guru NILAM dan Guru AJK GPM Daerah Miri yang bermula pada Mac hingga Oktober 2018. Oleh itu, SMK Agama Miri telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Bengkel Pengacaraan Majlis pada 7 September 2018. Di samping itu juga, para peserta juga dibawa untuk melawat ke sekitar sekolah termasuk Pusat Sumber Sekolah sebagai satu usaha untuk mewujudkan hubungan positif antara pihak sekolah yang terlibat. 

Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Erman Ngah Bin Mauzi, Guru Perpustakaan dan Media SMK Aganma Miri juga merupakan ahli jawatankuasa GPM Miri.
















Penggunaan Sistem QR Code dalam perkongsian bahan pengacaraan majlis.
 Sesi fotografi selepas sesi bengkel. 









Sesi lawatan ke Taman Kelulut Syifa.


 Pegawai Pusat Kegiatan Guru Miri dan Subis juga turut bersama pada hari tersebut. 
















Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar sempena Karnival Bahasa Melayu 2018

 Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahasa Melayu. Barisan hakim pertandingan BBM Bahasa Melayu.  Peserta yang terlibat dengan pertandingan dan telah berjaya membentangkan hasil kerja dengan baik dan cemerlang.  Tahniah dan Syabas SMKAMI. 

Kemahiran Nota Poket Perlu Dikuasai oleh Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. SMK Agama Miri merupakan antara sekolah yang menekankan amalan nota poket dalam pembelajaran. Nota poket ialah satu keperluan yang mana memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran di mana-mana sahaja bagi mata pelajaran yang memerlukan perhatian yang khusus. Nota poket merupakan satu bentuk ringkasan pembelajaran sama ada dalam bentuk carta grafik, i-think, peta minda, rumusan pembelajaran dan sebagainya bergantung kepada kreativiti pelajar.  Semoga amalan ini membantu pelajar untuk terus cemerlang dan berjaya dalam pembelajaran. 

MODUL HEBAT "ACID" STRATEGI PDPC ABAD KE-21

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 merupakan satu strategi yang telah lama diaplikasikan di SMK Agama Miri dalam pelbagai subjek. Sebagai contoh, pengaplikasian strategi pembelajaran HEBAT yang telah diamalkan oleh guru sekolah ini telah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dalam kalangan pelajar. Berbantukan bahan kitar semula daripada pusat sumber iaitu akhbar, guru mampu mengaplikasikan teknik ACID bacaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan bahan bacaan yang berbentuk berita semasa. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan di pusat sumber amat aktif digunakan oleh para guru untuk memastikan para pelajar dapat meneroka ilmu pengetahuan sesuai dengan keperluan semasa. Terima kasih kepada Puan Koreayati Binti Bujang atas sesi HEBAT ini.