Posts

School Highlight

I-LiP(Program Celik Digital dan Kemahiran Keperpustakaan untuk Generasi Z)

Information Literacy Programme (I-LiP) dengan jayanya telah dilaksanakan di SMK Agama Miri pada 4 hingga 6 September 2019. SMK Agama Miri amat bertuah kerana telah dilipih antara dua buah sekolah di Miri bagi menjayakan program ini bersama SMK Lutong Miri. Seramai 30 orang pelajar tingkatan 1 SMK Agama Miri bersama dua Jurulatih Utama I-LiP iaitu Cikgu Erman Ngah (GPM SMK Agama Miri) dan Puan Angela Usit (GPM SK Kampung Bakam) Miri telah terlibat sama dalam menjayakan program anjuran Yayasan Sarawak, Bahagian Teknologi Pendidikan Bahagian Miri, Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Pusat Kegiatan Guru Miri, JK Guru Perpustakaan dan Media Miri serta SMK Agama Miri. Program ini telah diadakan di Pusat Sumber As-Syafiee dan Makmal Komputer SMKaMi. Antara inisiatif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan mengenai kemahiran literasi maklumat kepada pelajar supaya tahu mengakses, mengguna dan menilai maklumat dalam kehidupan seharian. Di samping itu, usaha ini juga adalah untuk mem
Recent posts