Salam sejahtera. Alhamdulillah, SMK Agama Miri telah dianugerahkan dengan kedudukan Johan Peringkat Daerah Miri, Johan Peringkat Bahagian Miri dan Naib Johan Peringkat Negeri Sarawak dalam Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang (APSS) 2018. Pihak pengurusan pusat sumber ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penilaian bagi tahun ini. Sesuai dengan keperluan pihak sekolah untuk mewujudkan pusat sumber yang berkualiti dan mewujudkan prasana pendidikan keperluan abad ke-21, pihak sekolah telah berusaha untuk membangunkan pusat sumber Imam As-Syafiee dengan pelbagai kemudahan terbaik untuk digunakan oleh warga SMK Agama Miri. Berikut merupakan suasana semasa Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang 2018 yang berlangsung pada 13 Mac 2018. Barisan hakim yang daripada Pejabat Pendidikan Daerah Miri. Sesi pembentangan inovasi sekolah oleh kumpulan pelajar SMKAMI. Sesi lawat...