Skip to main content

Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik (PAT) Guru Perpustakaan dan Media Daerah Miri 2018

Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik (PAT) Guru Perpustakaan dan Media (GPM) daerah Miri telah diadakan pada 13 Julai 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Ghazali SMK Agama Miri. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 22 orang peserta yang merupakan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari sekolah sekitar Daerah Miri. Program ini berlangsung pada jam 2.30 petang. Bengkel tersebut berjudul "Pengurusan Kemudahan Fizikal Pusat Sumber Sekolah" yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob.

Sesi fotografi bersama peserta bengkel.




Taklimat oleh Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob






Ustaz Ahmad Fauzi bin Yaakob ketika menyampaikan bengkel berkenaan Kemudahan Fizikal PSS SMKAMI




Sesi lawatan ke Taman Kelulut SMKAMI


Sesi fotografi di mercu nama #SMKAMI


Terima kasih kepada para guru yang hadir dan meluangkan masa bersama kami bahagian Pengurusan Pusat Sumber Imam As-Syafiee SMK Agama Miri.

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar sempena Karnival Bahasa Melayu 2018

 Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahasa Melayu. Barisan hakim pertandingan BBM Bahasa Melayu.  Peserta yang terlibat dengan pertandingan dan telah berjaya membentangkan hasil kerja dengan baik dan cemerlang.  Tahniah dan Syabas SMKAMI. 

Kemahiran Nota Poket Perlu Dikuasai oleh Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. SMK Agama Miri merupakan antara sekolah yang menekankan amalan nota poket dalam pembelajaran. Nota poket ialah satu keperluan yang mana memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran di mana-mana sahaja bagi mata pelajaran yang memerlukan perhatian yang khusus. Nota poket merupakan satu bentuk ringkasan pembelajaran sama ada dalam bentuk carta grafik, i-think, peta minda, rumusan pembelajaran dan sebagainya bergantung kepada kreativiti pelajar.  Semoga amalan ini membantu pelajar untuk terus cemerlang dan berjaya dalam pembelajaran. 

MODUL HEBAT "ACID" STRATEGI PDPC ABAD KE-21

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 merupakan satu strategi yang telah lama diaplikasikan di SMK Agama Miri dalam pelbagai subjek. Sebagai contoh, pengaplikasian strategi pembelajaran HEBAT yang telah diamalkan oleh guru sekolah ini telah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dalam kalangan pelajar. Berbantukan bahan kitar semula daripada pusat sumber iaitu akhbar, guru mampu mengaplikasikan teknik ACID bacaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan bahan bacaan yang berbentuk berita semasa. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan di pusat sumber amat aktif digunakan oleh para guru untuk memastikan para pelajar dapat meneroka ilmu pengetahuan sesuai dengan keperluan semasa. Terima kasih kepada Puan Koreayati Binti Bujang atas sesi HEBAT ini.