Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Kemahiran Nota Poket Perlu Dikuasai oleh Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. SMK Agama Miri merupakan antara sekolah yang menekankan amalan nota poket dalam pembelajaran. Nota poket ialah satu keperluan yang mana memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran di mana-mana sahaja bagi mata pelajaran yang memerlukan perhatian yang khusus. Nota poket merupakan satu bentuk ringkasan pembelajaran sama ada dalam bentuk carta grafik, i-think, peta minda, rumusan pembelajaran dan sebagainya bergantung kepada kreativiti pelajar.  Semoga amalan ini membantu pelajar untuk terus cemerlang dan berjaya dalam pembelajaran. 

Bengkel Fail Kuasa dan Fail Meja

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini telah berlangsungnya Bengkel Fail Kuasa dan Fail Meja yang telah diadakan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Bahagian Miri. Bengkel ini telajh dihadiri oleh Guru Perpustakaan dan Media Daerah Miri, Baram dan Subis. Lokasi bengkel ini bertempat di Kolej Tun Dato Tuanku Haji Bujang. Terima kasih diucapkan kepada BTP Miri kerana telah mengadakan bengkel ini seterusnya membantu GPM SMK Agama Miri khususnya dalam aspek pengurusan pendokumentasian,

Majlis Pelancaran NILAM 2018

Sekitar majlis pelancaran NILAM yang telaj dirasmikan oleh Yang Berusaha Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob, Pengetua SMK AGAMA Miri bersama puan Rahayu Binti Deli, Penolong Kanan Akademik bertempat di Dewan Al-Khawarizmi pada 12 Februari Yang lalu. Sesi pemotongan reben untuk Banner NILAM DItambahbaik. Sesi penyerahan buku Bahasa Arab untuk sudut NILAM di setiap bilik darjah kepada wakil pelajar iaitu Ketua Umum. 

Rak Nilam Sumbangan PIBG

Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Agama Miri kerana telah menyumbangkan sejumlah RM620.00 untuk menyediakan perabot bagi sudut NILAM di dalam setiap bilik darjah. Perabot yang telah disumbangkan oleh PIBG bersama dengan buku bahasa Arab yang telah dikumpulkan mengikut kelas. Sesi memasang perabut DIY yang dilakukan oleh pelajar sukarelawan tingkatan 4 SMK Agama Miri. Terima kasih diucapkan kepada PIBG SMK Agama Miri dan kumpulan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Salam Sejahtera

Assalamualaikum dan salah Sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung laman rasmi Pusat Sumber Imam As-Syafiee SMK Agama Miri. Laman ini akan menyediakan pelbagai input dan kemudahan perhubungan untuk keperluan pengunjung di samping menjadi platform untuk pelajar dan guru mengetengahkan idea dan peristiwa menarik sepanjang sesi operasi pusat sumber smkami khususnya. Terima kasih.