Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik (PAT) Guru Perpustakaan dan Media Daerah Miri 2018

Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik (PAT) Guru Perpustakaan dan Media (GPM) daerah Miri telah diadakan pada 13 Julai 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Ghazali SMK Agama Miri. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 22 orang peserta yang merupakan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari sekolah sekitar Daerah Miri. Program ini berlangsung pada jam 2.30 petang. Bengkel tersebut berjudul "Pengurusan Kemudahan Fizikal Pusat Sumber Sekolah" yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob. Sesi fotografi bersama peserta bengkel. Taklimat oleh Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob Ustaz Ahmad Fauzi bin Yaakob ketika menyampaikan bengkel berkenaan Kemudahan Fizikal PSS SMKAMI Sesi lawatan ke Taman Kelulut SMKAMI Sesi fotografi di mercu nama #SMKAMI Terima kasih kepada para guru yang hadir dan meluangkan masa bersama kami bahagian Pengurusan Pusat Sumber Imam As-Syafiee SMK Agama Miri.

Persediaan National Oil Rig Competition (NORC) 2018

Persediaan menghadapi cabaran pertandingan membina model pelantar minyak peringkat kebangsaan di Universiti Petronas pada 7 Julai 2018. Hasil oil rig model yang telah disiapkan tetapi belum sepenuhnya diceriakan. Para pelajar mencari bahan terpakai di pusat kitar semula sekolah. sesi menyusun atur keperluan pembinaan oil rig model. Kumpulan ini dibantu oleh wakil pengakap sekolah untuk menyiapkan menara Oil Rig. Percubaan memastikan model oil rig tidak tenggelam. Model hampir siap.