Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik GPM Miri "Kemudahan Fizikal Sekolah"

Bengkel perkongsian Amalan Terbaik Guru Perpustakaan dan Media (GPM) merupakan satu program anjuran Pusat Kegiatan Guru Miri dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa GPM Daerah Miri. Bengkel ini merupakan satu siri jelajah ke sekolah-sekolah sekitar daerah Miri yang memfokuskan pembangunan profesionalisme dalam kalangan Guru Perpustakaan dan Media Daerah Miri (GPM), Guru NILAM dan Guru AJK GPM Daerah Miri yang bermula pada Mac hingga Oktober 2018. Oleh itu, SMK Agama Miri telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan dua bengkel dalam siri jelajah ini yang berjudul “Bengkel Pengurusan Fizikal Pusat Sumber Sekolah” dan “Bengkel Pengacaraan Majlis” ( Rujuk Surat Lampiran untuk butiran program”. Bengkel ini telah diadakan pada 13 Julai 2018 dan telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fauzi BIn Yaakob, Pengetua SMK Agama Miri. 

Perkongsian Amalan Terbaik PAT Peringkat Daerah Miri 'Pengacaraan Majlis"

Bengkel perkongsian Amalan Terbaik Guru Perpustakaan dan Media (GPM) merupakan satu program anjuran Pusat Kegiatan Guru Miri dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa GPM Daerah Miri. Bengkel ini merupakan satu siri jelajah ke sekolah-sekolah sekitar daerah Miri yang memfokuskan pembangunan profesionalisme dalam kalangan Guru Perpustakaan dan Media Daerah Miri (GPM), Guru NILAM dan Guru AJK GPM Daerah Miri yang bermula pada Mac hingga Oktober 2018. Oleh itu, SMK Agama Miri telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Bengkel Pengacaraan Majlis pada 7 September 2018. Di samping itu juga, para peserta juga dibawa untuk melawat ke sekitar sekolah termasuk Pusat Sumber Sekolah sebagai satu usaha untuk mewujudkan hubungan positif antara pihak sekolah yang terlibat.  Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Erman Ngah Bin Mauzi, Guru Perpustakaan dan Media SMK Aganma Miri juga merupakan ahli jawatankuasa GPM Miri. Penggunaan