Skip to main content

Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang 2018

Salam sejahtera.
Alhamdulillah, SMK Agama Miri telah dianugerahkan dengan kedudukan Johan Peringkat Daerah Miri, Johan Peringkat Bahagian Miri dan Naib Johan Peringkat Negeri Sarawak dalam Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang (APSS) 2018. Pihak pengurusan pusat sumber ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penilaian bagi tahun ini. Sesuai dengan keperluan pihak sekolah untuk mewujudkan pusat sumber yang berkualiti dan mewujudkan prasana pendidikan keperluan abad ke-21, pihak sekolah telah berusaha untuk membangunkan pusat sumber Imam As-Syafiee dengan pelbagai kemudahan terbaik untuk digunakan oleh warga SMK Agama Miri. 

Berikut merupakan suasana semasa Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang 2018 yang berlangsung pada 13 Mac 2018. 

Barisan hakim yang daripada Pejabat Pendidikan Daerah Miri. 




Sesi pembentangan inovasi sekolah oleh kumpulan pelajar SMKAMI. 



Sesi lawatan ke kelas. 

Sudut NILAM kelas.

Sesi lawatan ke Taman Kelulut SMKAMI. 


Laawatan ke Sudut STEM.

Lawatan ke Setesen COWAY.



Sesi fotografi di Readers Corners.

Sesi penilaian Dokumentasi Pusat Sumber.






Terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama padu dan erat yang digembleng bersama bagi memastikan pusat sumber sekolah sebagai pusat ilmu yang berkualiti setaraf dengan keperluan PSS Abad ke-21. Semestinya, kemudahan ini akan dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah untuk menjadi warga intelek yang mernghargai ilmu pengetahuan dan pusat sumber sebagai gedung ilmu yang berhaga.

Syabas SMKAMI. 

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar sempena Karnival Bahasa Melayu 2018

 Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahasa Melayu. Barisan hakim pertandingan BBM Bahasa Melayu.  Peserta yang terlibat dengan pertandingan dan telah berjaya membentangkan hasil kerja dengan baik dan cemerlang.  Tahniah dan Syabas SMKAMI. 

MODUL HEBAT "ACID" STRATEGI PDPC ABAD KE-21

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 merupakan satu strategi yang telah lama diaplikasikan di SMK Agama Miri dalam pelbagai subjek. Sebagai contoh, pengaplikasian strategi pembelajaran HEBAT yang telah diamalkan oleh guru sekolah ini telah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dalam kalangan pelajar. Berbantukan bahan kitar semula daripada pusat sumber iaitu akhbar, guru mampu mengaplikasikan teknik ACID bacaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan bahan bacaan yang berbentuk berita semasa. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan di pusat sumber amat aktif digunakan oleh para guru untuk memastikan para pelajar dapat meneroka ilmu pengetahuan sesuai dengan keperluan semasa. Terima kasih kepada Puan Koreayati Binti Bujang atas sesi HEBAT ini.

I-LiP(Program Celik Digital dan Kemahiran Keperpustakaan untuk Generasi Z)

Information Literacy Programme (I-LiP) dengan jayanya telah dilaksanakan di SMK Agama Miri pada 4 hingga 6 September 2019. SMK Agama Miri amat bertuah kerana telah dilipih antara dua buah sekolah di Miri bagi menjayakan program ini bersama SMK Lutong Miri. Seramai 30 orang pelajar tingkatan 1 SMK Agama Miri bersama dua Jurulatih Utama I-LiP iaitu Cikgu Erman Ngah (GPM SMK Agama Miri) dan Puan Angela Usit (GPM SK Kampung Bakam) Miri telah terlibat sama dalam menjayakan program anjuran Yayasan Sarawak, Bahagian Teknologi Pendidikan Bahagian Miri, Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Pusat Kegiatan Guru Miri, JK Guru Perpustakaan dan Media Miri serta SMK Agama Miri. Program ini telah diadakan di Pusat Sumber As-Syafiee dan Makmal Komputer SMKaMi. Antara inisiatif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan mengenai kemahiran literasi maklumat kepada pelajar supaya tahu mengakses, mengguna dan menilai maklumat dalam kehidupan seharian. Di samping itu, usaha ini juga adalah untuk mem...