Skip to main content

MODUL HEBAT "ACID" STRATEGI PDPC ABAD KE-21

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 merupakan satu strategi yang telah lama diaplikasikan di SMK Agama Miri dalam pelbagai subjek. Sebagai contoh, pengaplikasian strategi pembelajaran HEBAT yang telah diamalkan oleh guru sekolah ini telah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dalam kalangan pelajar. Berbantukan bahan kitar semula daripada pusat sumber iaitu akhbar, guru mampu mengaplikasikan teknik ACID bacaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan bahan bacaan yang berbentuk berita semasa. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan di pusat sumber amat aktif digunakan oleh para guru untuk memastikan para pelajar dapat meneroka ilmu pengetahuan sesuai dengan keperluan semasa. Terima kasih kepada Puan Koreayati Binti Bujang atas sesi HEBAT ini.





























Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar sempena Karnival Bahasa Melayu 2018

 Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahasa Melayu. Barisan hakim pertandingan BBM Bahasa Melayu.  Peserta yang terlibat dengan pertandingan dan telah berjaya membentangkan hasil kerja dengan baik dan cemerlang.  Tahniah dan Syabas SMKAMI. 

Perkongsian Amalan Terbaik PAT Peringkat Daerah Miri 'Pengacaraan Majlis"

Bengkel perkongsian Amalan Terbaik Guru Perpustakaan dan Media (GPM) merupakan satu program anjuran Pusat Kegiatan Guru Miri dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa GPM Daerah Miri. Bengkel ini merupakan satu siri jelajah ke sekolah-sekolah sekitar daerah Miri yang memfokuskan pembangunan profesionalisme dalam kalangan Guru Perpustakaan dan Media Daerah Miri (GPM), Guru NILAM dan Guru AJK GPM Daerah Miri yang bermula pada Mac hingga Oktober 2018. Oleh itu, SMK Agama Miri telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Bengkel Pengacaraan Majlis pada 7 September 2018. Di samping itu juga, para peserta juga dibawa untuk melawat ke sekitar sekolah termasuk Pusat Sumber Sekolah sebagai satu usaha untuk mewujudkan hubungan positif antara pihak sekolah yang terlibat.  Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Erman Ngah Bin Mauzi, Guru Perpustakaan dan Media SMK Aganma Miri juga merupakan ahli jawatankuasa GPM Miri. Penggun...

ORIENTASI PUSAT SUMBER DAN NILAM SMK AGAMA MIRI

Program Orientasi Pusat Sumber dan NILAM merupakan satu slot khas dalam Minggu Tautan Ukhwah Tingkatan 1 yang telah dianjurkan bersama oleh pusat sumber Imam As-Syafiee, unit pengurusan NILAM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Agama Miri. Program ini merupakan satu elemen penting dalam pelaksanaan orientasi pelajar tingkatan 1 kerana pada awal minggu persekolahan, mereka perlu didedahkan dengan kepentingan pusat sumber dan menggalakkan penglibatan awal dalam program NILAM di sekolah. Oleh hal yang demikian, inisiatif ini amat penting dilaksanakan supaya pelajar menitikberatkan fungsi pusat sumber sebagai sumber ilmu pengetahuan yang disediakan dalam pelbagai bentuk seterusnya lebih yakin untuk melibatkan diri dalam program NILAM peringkat sekolah menengah.  Sesi taklimat oleh Guru Perpustakaan dan Media SMK Agama Miri Sesi penyerahan buku NILAM Sesi lawatan ke Pusat Sumber Sesi penerangan oleh pustakawan PSS SMKAmi