Skip to main content

I-LiP(Program Celik Digital dan Kemahiran Keperpustakaan untuk Generasi Z)

Information Literacy Programme (I-LiP) dengan jayanya telah dilaksanakan di SMK Agama Miri pada 4 hingga 6 September 2019. SMK Agama Miri amat bertuah kerana telah dilipih antara dua buah sekolah di Miri bagi menjayakan program ini bersama SMK Lutong Miri. Seramai 30 orang pelajar tingkatan 1 SMK Agama Miri bersama dua Jurulatih Utama I-LiP iaitu Cikgu Erman Ngah (GPM SMK Agama Miri) dan Puan Angela Usit (GPM SK Kampung Bakam) Miri telah terlibat sama dalam menjayakan program anjuran Yayasan Sarawak, Bahagian Teknologi Pendidikan Bahagian Miri, Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Pusat Kegiatan Guru Miri, JK Guru Perpustakaan dan Media Miri serta SMK Agama Miri. Program ini telah diadakan di Pusat Sumber As-Syafiee dan Makmal Komputer SMKaMi.
Antara inisiatif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan mengenai kemahiran literasi maklumat kepada pelajar supaya tahu mengakses, mengguna dan menilai maklumat dalam kehidupan seharian. Di samping itu, usaha ini juga adalah untuk memperluaskan lagi kemahiran literasi maklumat kepada pelajar di SMK Agama Miri yang masih belum menguasai kemahiran literasi maklumat.. Selain itu, program ini juga diadakan untuk mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran carian maklumat dengan lebih kelas dan mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi untuk pencarian bahan dan maklumat untuk tujuan pembelajaran di sekolah. Program ini menekankan pentinya penguasaan The Big Six iaitu strategi carian maklumat yang berkesan supaya pelajar dapat menguasai literasi maklumat dengan baik. 
Jom kita lihat gelagat anak-anak tingkatan 1 SMKaMi ber I-LiP bersama kami.

Taklimat I-LiP selepas sesi pendaftaran.

Sesi perbincangan bersama rakan tentang 1W5H

Pelajar puteri juga giat menghasilkan bahan perbincangan dengan menggunakan akhbars ebagai sumber rujukan
Carian bahan dan sesi perbincangan kumpulan untuk mencari maklumat yang penting

Sesi santai perbincangan pelajar putera untuk mencari maklumat berdasarkan topik masing-masing.

Setiap kumpulan telah menetapkan tema perbincangan dan memilih tema masing-masing untuk dibentangkan kelak
Sesi pembentangan hasil tugasan
Pembentangan hasil maklumat dengan menggunakan 1H5W



Tahniah dan syabas semua kumpulan yang telah membentangkan hasil tugasan dengan baik

Seterusnya, bengkel carian maklumat menggunakan enjin carian dan kata kunci yang betul 





Semua pelajar sedang giat mencari bahan untuk sesi pembentangan akhir nanti. Maklumat ini juga digunakan untuk melengkapkan misi buku skrap yang telah dibincangkan. 

Sesi temu bual bersama rakan-rakan tentang topik yang dibincangkan. 


Satu bentul latihan komunikasi yang berusaha diterapkan supaya mereka lebih yakin dalam berkomunikasi di hadapan khalayak ramai.



Sesi persediaan pembentangan untuk penilaian akhir setiap kumpulan. Turut bersama menilai ialah Encik Awang Ali bin Awang Ahmad, Pegawai PTPB Miri dan Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob, Pengetua SMK Agama Miri. 






Setiap kumpulan bertugkus lumus menghasilkan buku skrap masing-masing untuk dibentangkan kepada tetamu jemputan
Sesi pembentangan bersama tuan pengetua dan tetamu jemputan



Pelajar membentangkan hasil tugasan dengan baik dan jelas



Setiap kumpulan membentang dengan baik dan mendapat penghargaan daripada Encik Awang Ali.





Persediaan majlis penutupan dan sesi penyampaian hadiah
Majlis bermula dengan kehadiran Puan Josephine Anak Ambon, Pegawai Pusat Kegiatan Guru Miri.
Ucapan alu-aluan oleh Pengetua SMKaMi.
Ucapan Perasmian oleh Encik Awang Ali Bin Awang Ahmad, Pegawai PTPB Miri. 
Sesi penyampaian sijil dan hadiah kepada pelajar.
Pembentang terbaik I-LiP.

Ketua kumpulan dan hadiah pernghargaan kepada kumpulan terbail

Sesi fotografi bersama tetamu jemputan.

Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan program Information Literacy Programme ini.

Tahniah dan Syabas kepada para pelajar tingkatan 1 SMKaMI kerana telah menjayakan program ini dengan cemerlang. Syabas!









Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar sempena Karnival Bahasa Melayu 2018

 Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahasa Melayu. Barisan hakim pertandingan BBM Bahasa Melayu.  Peserta yang terlibat dengan pertandingan dan telah berjaya membentangkan hasil kerja dengan baik dan cemerlang.  Tahniah dan Syabas SMKAMI. 

MODUL HEBAT "ACID" STRATEGI PDPC ABAD KE-21

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 merupakan satu strategi yang telah lama diaplikasikan di SMK Agama Miri dalam pelbagai subjek. Sebagai contoh, pengaplikasian strategi pembelajaran HEBAT yang telah diamalkan oleh guru sekolah ini telah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dalam kalangan pelajar. Berbantukan bahan kitar semula daripada pusat sumber iaitu akhbar, guru mampu mengaplikasikan teknik ACID bacaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan bahan bacaan yang berbentuk berita semasa. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan di pusat sumber amat aktif digunakan oleh para guru untuk memastikan para pelajar dapat meneroka ilmu pengetahuan sesuai dengan keperluan semasa. Terima kasih kepada Puan Koreayati Binti Bujang atas sesi HEBAT ini.

Kemahiran Nota Poket Perlu Dikuasai oleh Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. SMK Agama Miri merupakan antara sekolah yang menekankan amalan nota poket dalam pembelajaran. Nota poket ialah satu keperluan yang mana memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran di mana-mana sahaja bagi mata pelajaran yang memerlukan perhatian yang khusus. Nota poket merupakan satu bentuk ringkasan pembelajaran sama ada dalam bentuk carta grafik, i-think, peta minda, rumusan pembelajaran dan sebagainya bergantung kepada kreativiti pelajar.  Semoga amalan ini membantu pelajar untuk terus cemerlang dan berjaya dalam pembelajaran.