Skip to main content

ORIENTASI PUSAT SUMBER DAN NILAM SMK AGAMA MIRI

Program Orientasi Pusat Sumber dan NILAM merupakan satu slot khas dalam Minggu Tautan Ukhwah Tingkatan 1 yang telah dianjurkan bersama oleh pusat sumber Imam As-Syafiee, unit pengurusan NILAM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Agama Miri. Program ini merupakan satu elemen penting dalam pelaksanaan orientasi pelajar tingkatan 1 kerana pada awal minggu persekolahan, mereka perlu didedahkan dengan kepentingan pusat sumber dan menggalakkan penglibatan awal dalam program NILAM di sekolah. Oleh hal yang demikian, inisiatif ini amat penting dilaksanakan supaya pelajar menitikberatkan fungsi pusat sumber sebagai sumber ilmu pengetahuan yang disediakan dalam pelbagai bentuk seterusnya lebih yakin untuk melibatkan diri dalam program NILAM peringkat sekolah menengah. 

Sesi taklimat oleh Guru Perpustakaan dan Media SMK Agama Miri



Sesi penyerahan buku NILAM


Sesi lawatan ke Pusat Sumber


Sesi penerangan oleh pustakawan PSS SMKAmi



Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar sempena Karnival Bahasa Melayu 2018

 Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahasa Melayu. Barisan hakim pertandingan BBM Bahasa Melayu.  Peserta yang terlibat dengan pertandingan dan telah berjaya membentangkan hasil kerja dengan baik dan cemerlang.  Tahniah dan Syabas SMKAMI. 

Kemahiran Nota Poket Perlu Dikuasai oleh Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. SMK Agama Miri merupakan antara sekolah yang menekankan amalan nota poket dalam pembelajaran. Nota poket ialah satu keperluan yang mana memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran di mana-mana sahaja bagi mata pelajaran yang memerlukan perhatian yang khusus. Nota poket merupakan satu bentuk ringkasan pembelajaran sama ada dalam bentuk carta grafik, i-think, peta minda, rumusan pembelajaran dan sebagainya bergantung kepada kreativiti pelajar.  Semoga amalan ini membantu pelajar untuk terus cemerlang dan berjaya dalam pembelajaran. 

MODUL HEBAT "ACID" STRATEGI PDPC ABAD KE-21

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 merupakan satu strategi yang telah lama diaplikasikan di SMK Agama Miri dalam pelbagai subjek. Sebagai contoh, pengaplikasian strategi pembelajaran HEBAT yang telah diamalkan oleh guru sekolah ini telah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dalam kalangan pelajar. Berbantukan bahan kitar semula daripada pusat sumber iaitu akhbar, guru mampu mengaplikasikan teknik ACID bacaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan bahan bacaan yang berbentuk berita semasa. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan di pusat sumber amat aktif digunakan oleh para guru untuk memastikan para pelajar dapat meneroka ilmu pengetahuan sesuai dengan keperluan semasa. Terima kasih kepada Puan Koreayati Binti Bujang atas sesi HEBAT ini.