Skip to main content

Kemahiran Nota Poket Perlu Dikuasai oleh Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SMK Agama Miri merupakan antara sekolah yang menekankan amalan nota poket dalam pembelajaran. Nota poket ialah satu keperluan yang mana memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran di mana-mana sahaja bagi mata pelajaran yang memerlukan perhatian yang khusus. Nota poket merupakan satu bentuk ringkasan pembelajaran sama ada dalam bentuk carta grafik, i-think, peta minda, rumusan pembelajaran dan sebagainya bergantung kepada kreativiti pelajar. 

Semoga amalan ini membantu pelajar untuk terus cemerlang dan berjaya dalam pembelajaran. 








Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar sempena Karnival Bahasa Melayu 2018

 Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahasa Melayu. Barisan hakim pertandingan BBM Bahasa Melayu.  Peserta yang terlibat dengan pertandingan dan telah berjaya membentangkan hasil kerja dengan baik dan cemerlang.  Tahniah dan Syabas SMKAMI. 

MODUL HEBAT "ACID" STRATEGI PDPC ABAD KE-21

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 merupakan satu strategi yang telah lama diaplikasikan di SMK Agama Miri dalam pelbagai subjek. Sebagai contoh, pengaplikasian strategi pembelajaran HEBAT yang telah diamalkan oleh guru sekolah ini telah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dalam kalangan pelajar. Berbantukan bahan kitar semula daripada pusat sumber iaitu akhbar, guru mampu mengaplikasikan teknik ACID bacaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan bahan bacaan yang berbentuk berita semasa. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan di pusat sumber amat aktif digunakan oleh para guru untuk memastikan para pelajar dapat meneroka ilmu pengetahuan sesuai dengan keperluan semasa. Terima kasih kepada Puan Koreayati Binti Bujang atas sesi HEBAT ini.

I-LiP(Program Celik Digital dan Kemahiran Keperpustakaan untuk Generasi Z)

Information Literacy Programme (I-LiP) dengan jayanya telah dilaksanakan di SMK Agama Miri pada 4 hingga 6 September 2019. SMK Agama Miri amat bertuah kerana telah dilipih antara dua buah sekolah di Miri bagi menjayakan program ini bersama SMK Lutong Miri. Seramai 30 orang pelajar tingkatan 1 SMK Agama Miri bersama dua Jurulatih Utama I-LiP iaitu Cikgu Erman Ngah (GPM SMK Agama Miri) dan Puan Angela Usit (GPM SK Kampung Bakam) Miri telah terlibat sama dalam menjayakan program anjuran Yayasan Sarawak, Bahagian Teknologi Pendidikan Bahagian Miri, Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Pusat Kegiatan Guru Miri, JK Guru Perpustakaan dan Media Miri serta SMK Agama Miri. Program ini telah diadakan di Pusat Sumber As-Syafiee dan Makmal Komputer SMKaMi. Antara inisiatif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan mengenai kemahiran literasi maklumat kepada pelajar supaya tahu mengakses, mengguna dan menilai maklumat dalam kehidupan seharian. Di samping itu, usaha ini juga adalah untuk mem...