Skip to main content

Posts

MODUL HEBAT "ACID" STRATEGI PDPC ABAD KE-21

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 merupakan satu strategi yang telah lama diaplikasikan di SMK Agama Miri dalam pelbagai subjek. Sebagai contoh, pengaplikasian strategi pembelajaran HEBAT yang telah diamalkan oleh guru sekolah ini telah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dalam kalangan pelajar. Berbantukan bahan kitar semula daripada pusat sumber iaitu akhbar, guru mampu mengaplikasikan teknik ACID bacaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan bahan bacaan yang berbentuk berita semasa. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan di pusat sumber amat aktif digunakan oleh para guru untuk memastikan para pelajar dapat meneroka ilmu pengetahuan sesuai dengan keperluan semasa. Terima kasih kepada Puan Koreayati Binti Bujang atas sesi HEBAT ini.

PENYERAHAN KAD PUSAT SUMBER

Hari ini, pihak pusat sumber telah menyerahkan kad pusat sumber kepada para pelajar tingkatan satu. Dengan ini, perkhidmatan untuk meminjam buku boleh dilakukan oleh para pelajar dengan had maksimum 2 buah buku selama 14 hari tempoh pemimjaman. 

BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS MPP

Bengkel pengacaraan majlis ini merupakan program latihan pengurusan pengacaraan majlis yang diadakan oleh Pusat Sumber Imam As-Syafiee dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar SMK Agama Miri. Bengkel ini diadakan kerana melihat kepada keperluan latihan intensif kepada para pelajar yang berkebolehan untuk mengacarakan majlis dan diberikan panduan khusus bagaimana kaedah untuk menyampaikan teks pengacaraan dengan baik dan berkualiti. Oleh hal yang demikian, dengan adanya latihan ini diharapkan agar para pelajar dapat mengaplikasikan teknik penyampaian teks pengacaraan sesuai dengan majlis yang akan diadakan. Barisan pengacara muda. latihan pengacaraan untuk puteri Latihan pengacaraan putera.

ORIENTASI PUSAT SUMBER DAN NILAM SMK AGAMA MIRI

Program Orientasi Pusat Sumber dan NILAM merupakan satu slot khas dalam Minggu Tautan Ukhwah Tingkatan 1 yang telah dianjurkan bersama oleh pusat sumber Imam As-Syafiee, unit pengurusan NILAM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Agama Miri. Program ini merupakan satu elemen penting dalam pelaksanaan orientasi pelajar tingkatan 1 kerana pada awal minggu persekolahan, mereka perlu didedahkan dengan kepentingan pusat sumber dan menggalakkan penglibatan awal dalam program NILAM di sekolah. Oleh hal yang demikian, inisiatif ini amat penting dilaksanakan supaya pelajar menitikberatkan fungsi pusat sumber sebagai sumber ilmu pengetahuan yang disediakan dalam pelbagai bentuk seterusnya lebih yakin untuk melibatkan diri dalam program NILAM peringkat sekolah menengah.  Sesi taklimat oleh Guru Perpustakaan dan Media SMK Agama Miri Sesi penyerahan buku NILAM Sesi lawatan ke Pusat Sumber Sesi penerangan oleh pustakawan PSS SMKAmi

Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik GPM Miri "Kemudahan Fizikal Sekolah"

Bengkel perkongsian Amalan Terbaik Guru Perpustakaan dan Media (GPM) merupakan satu program anjuran Pusat Kegiatan Guru Miri dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa GPM Daerah Miri. Bengkel ini merupakan satu siri jelajah ke sekolah-sekolah sekitar daerah Miri yang memfokuskan pembangunan profesionalisme dalam kalangan Guru Perpustakaan dan Media Daerah Miri (GPM), Guru NILAM dan Guru AJK GPM Daerah Miri yang bermula pada Mac hingga Oktober 2018. Oleh itu, SMK Agama Miri telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan dua bengkel dalam siri jelajah ini yang berjudul “Bengkel Pengurusan Fizikal Pusat Sumber Sekolah” dan “Bengkel Pengacaraan Majlis” ( Rujuk Surat Lampiran untuk butiran program”. Bengkel ini telah diadakan pada 13 Julai 2018 dan telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fauzi BIn Yaakob, Pengetua SMK Agama Miri.