Skip to main content

Posts

International Ihya’ Ramadhan 30 Minutes With Al-Quran

Bulan Ramadhan merupakan bulan ibadah.Umat Islam diseru supaya memperbanyakkan amalan kebajikan dalam bulan yang mulia ini. Dalam bulan ini juga Al-Quran diturunkan oleh Allah sebagai dustur kepada umat Islam. SMK Agama Miri dalam program tahunan Sederap Bersama Al-Quran ingin melebarkan sayapnya dengan menambahkan satu lagi program untuk mengajak lebih ramai lagi masyarakat menghayati al-Quran bukan sekadar di SMK Agama Miri bahkan melibatkan beberapa negara melalui perhubungan alam maya (online). Oleh hal yang demikian, program bacaan 30 Minit bersama Al-Quran ini telah dilaksanakan bagi menghubungkan komuniti luar sama ada luar dan dalam negara untuk sama-sama menhayati keindahan Ramadhan Sesi Perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dr Haji Azhar Bin Haji Ahmad, Pengarah Pendidikan Bahagian Islam, KPM. Sesi bacaan 30 Minit oleh Jemaah SMK Agama Miri Perasmian juga turut dihadiri oleh Puan Marini Binti Juraibi, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SM...

Lawatan Penanda Aras Calon Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Miri

Pada 3 April 2018, Pusat Sumber SMK Agama Miri telah dilawati oleh wakil guru dari SJK C Bakam dan SJKC Lutong sebagai aktiviti penanda arasan bersempena pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang 2018. Ketiga-tiga buah sekolah yang terlibat termasuk SMK Agama Miri merupakan johan peringkat daerah Miri dalam APSS 13 April yang lalu lantas mewakili Miri ke peringkat bahagian pada 28 April 2018.

Quizizz. Laman interaktif pdpc

Salam sejahtera. Sebagai memperkasakan penggunaan laman interaktif salam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan, guru perpustakaan dan media telah menggunakan laman sesawang Quizizz untuk mengadakan latihan interaktif bersama pelajar-pelajar SMKAMI. 

SMK Agama Miri

Selamat Datang Ke SMK Agama Miri The Pearl Of Northern Borneo

Kemahiran Nota Poket Perlu Dikuasai oleh Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. SMK Agama Miri merupakan antara sekolah yang menekankan amalan nota poket dalam pembelajaran. Nota poket ialah satu keperluan yang mana memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran di mana-mana sahaja bagi mata pelajaran yang memerlukan perhatian yang khusus. Nota poket merupakan satu bentuk ringkasan pembelajaran sama ada dalam bentuk carta grafik, i-think, peta minda, rumusan pembelajaran dan sebagainya bergantung kepada kreativiti pelajar.  Semoga amalan ini membantu pelajar untuk terus cemerlang dan berjaya dalam pembelajaran. 

Bengkel Fail Kuasa dan Fail Meja

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini telah berlangsungnya Bengkel Fail Kuasa dan Fail Meja yang telah diadakan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Bahagian Miri. Bengkel ini telajh dihadiri oleh Guru Perpustakaan dan Media Daerah Miri, Baram dan Subis. Lokasi bengkel ini bertempat di Kolej Tun Dato Tuanku Haji Bujang. Terima kasih diucapkan kepada BTP Miri kerana telah mengadakan bengkel ini seterusnya membantu GPM SMK Agama Miri khususnya dalam aspek pengurusan pendokumentasian,

Majlis Pelancaran NILAM 2018

Sekitar majlis pelancaran NILAM yang telaj dirasmikan oleh Yang Berusaha Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob, Pengetua SMK AGAMA Miri bersama puan Rahayu Binti Deli, Penolong Kanan Akademik bertempat di Dewan Al-Khawarizmi pada 12 Februari Yang lalu. Sesi pemotongan reben untuk Banner NILAM DItambahbaik. Sesi penyerahan buku Bahasa Arab untuk sudut NILAM di setiap bilik darjah kepada wakil pelajar iaitu Ketua Umum.