Skip to main content

International Ihya’ Ramadhan 30 Minutes With Al-Quran

Bulan Ramadhan merupakan bulan ibadah.Umat Islam diseru supaya memperbanyakkan amalan kebajikan dalam bulan yang mulia ini. Dalam bulan ini juga Al-Quran diturunkan oleh Allah sebagai dustur kepada umat Islam. SMK Agama Miri dalam program tahunan Sederap Bersama Al-Quran ingin melebarkan sayapnya dengan menambahkan satu lagi program untuk mengajak lebih ramai lagi masyarakat menghayati al-Quran bukan sekadar di SMK Agama Miri bahkan melibatkan beberapa negara melalui perhubungan alam maya (online). Oleh hal yang demikian, program bacaan 30 Minit bersama Al-Quran ini telah dilaksanakan bagi menghubungkan komuniti luar sama ada luar dan dalam negara untuk sama-sama menhayati keindahan Ramadhan


Sesi Perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dr Haji Azhar Bin Haji Ahmad, Pengarah Pendidikan Bahagian Islam, KPM.


Sesi bacaan 30 Minit oleh Jemaah SMK Agama Miri





Perasmian juga turut dihadiri oleh Puan Marini Binti Juraibi, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Agama Miri.

Sebahagian foto penyertaan lebih dari 100ribu peserta dari seluruh dunia yang terlibat dalam Program 30minutes with Alquran yang diadakan serentak diseluruh dunia pada 21Mei 2018 dari jam 9am-930 am. Penyertaan paling jauh diterima dari Shefield Universiti United kingdom, Program anjuran SMKAMi ini merupakan yang julung2 kali diadakan dan antara negara yang terlibat secara online ini (FB Go Live) ialah Malaysia, UK, Australia, Bahrin, UAE, Qataq, Brunei DS, Singapura, Indonesia, Filipina, Kemboja dan Vietnam. Alhamdulillah, melalui penguasaan ICT. SMKAMi telah berjaya memanfaatkannya untuk silaturahim antarabangsa demi memartabatkan budaya Al Quran, terima kasih kepada semua yang terlibat.































Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar sempena Karnival Bahasa Melayu 2018

 Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahasa Melayu. Barisan hakim pertandingan BBM Bahasa Melayu.  Peserta yang terlibat dengan pertandingan dan telah berjaya membentangkan hasil kerja dengan baik dan cemerlang.  Tahniah dan Syabas SMKAMI. 

I-LiP(Program Celik Digital dan Kemahiran Keperpustakaan untuk Generasi Z)

Information Literacy Programme (I-LiP) dengan jayanya telah dilaksanakan di SMK Agama Miri pada 4 hingga 6 September 2019. SMK Agama Miri amat bertuah kerana telah dilipih antara dua buah sekolah di Miri bagi menjayakan program ini bersama SMK Lutong Miri. Seramai 30 orang pelajar tingkatan 1 SMK Agama Miri bersama dua Jurulatih Utama I-LiP iaitu Cikgu Erman Ngah (GPM SMK Agama Miri) dan Puan Angela Usit (GPM SK Kampung Bakam) Miri telah terlibat sama dalam menjayakan program anjuran Yayasan Sarawak, Bahagian Teknologi Pendidikan Bahagian Miri, Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Pusat Kegiatan Guru Miri, JK Guru Perpustakaan dan Media Miri serta SMK Agama Miri. Program ini telah diadakan di Pusat Sumber As-Syafiee dan Makmal Komputer SMKaMi. Antara inisiatif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan mengenai kemahiran literasi maklumat kepada pelajar supaya tahu mengakses, mengguna dan menilai maklumat dalam kehidupan seharian. Di samping itu, usaha ini juga adalah untuk mem...

MODUL HEBAT "ACID" STRATEGI PDPC ABAD KE-21

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 merupakan satu strategi yang telah lama diaplikasikan di SMK Agama Miri dalam pelbagai subjek. Sebagai contoh, pengaplikasian strategi pembelajaran HEBAT yang telah diamalkan oleh guru sekolah ini telah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dalam kalangan pelajar. Berbantukan bahan kitar semula daripada pusat sumber iaitu akhbar, guru mampu mengaplikasikan teknik ACID bacaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan bahan bacaan yang berbentuk berita semasa. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan di pusat sumber amat aktif digunakan oleh para guru untuk memastikan para pelajar dapat meneroka ilmu pengetahuan sesuai dengan keperluan semasa. Terima kasih kepada Puan Koreayati Binti Bujang atas sesi HEBAT ini.