Skip to main content

KEM MEMBACA SMKAMI 2019

Alhamdulillah, Kem Membaca SMKAmi telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Mac 2019. Kempen ini diadakan untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar SMKami dan sesungguhnya budaya ini bermula di sekolah dan seterusnya bakal melahirkan generasi yang mendukung amalan membaca sepanjang hayat. 









Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar sempena Karnival Bahasa Melayu 2018

 Pertandingan Reka Cipta Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahasa Melayu. Barisan hakim pertandingan BBM Bahasa Melayu.  Peserta yang terlibat dengan pertandingan dan telah berjaya membentangkan hasil kerja dengan baik dan cemerlang.  Tahniah dan Syabas SMKAMI. 

Kemahiran Nota Poket Perlu Dikuasai oleh Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. SMK Agama Miri merupakan antara sekolah yang menekankan amalan nota poket dalam pembelajaran. Nota poket ialah satu keperluan yang mana memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran di mana-mana sahaja bagi mata pelajaran yang memerlukan perhatian yang khusus. Nota poket merupakan satu bentuk ringkasan pembelajaran sama ada dalam bentuk carta grafik, i-think, peta minda, rumusan pembelajaran dan sebagainya bergantung kepada kreativiti pelajar.  Semoga amalan ini membantu pelajar untuk terus cemerlang dan berjaya dalam pembelajaran. 

MODUL HEBAT "ACID" STRATEGI PDPC ABAD KE-21

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 merupakan satu strategi yang telah lama diaplikasikan di SMK Agama Miri dalam pelbagai subjek. Sebagai contoh, pengaplikasian strategi pembelajaran HEBAT yang telah diamalkan oleh guru sekolah ini telah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dalam kalangan pelajar. Berbantukan bahan kitar semula daripada pusat sumber iaitu akhbar, guru mampu mengaplikasikan teknik ACID bacaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan bahan bacaan yang berbentuk berita semasa. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan di pusat sumber amat aktif digunakan oleh para guru untuk memastikan para pelajar dapat meneroka ilmu pengetahuan sesuai dengan keperluan semasa. Terima kasih kepada Puan Koreayati Binti Bujang atas sesi HEBAT ini.