Bulan Ramadhan merupakan bulan ibadah.Umat Islam diseru supaya memperbanyakkan amalan kebajikan dalam bulan yang mulia ini. Dalam bulan ini juga Al-Quran diturunkan oleh Allah sebagai dustur kepada umat Islam. SMK Agama Miri dalam program tahunan Sederap Bersama Al-Quran ingin melebarkan sayapnya dengan menambahkan satu lagi program untuk mengajak lebih ramai lagi masyarakat menghayati al-Quran bukan sekadar di SMK Agama Miri bahkan melibatkan beberapa negara melalui perhubungan alam maya (online). Oleh hal yang demikian, program bacaan 30 Minit bersama Al-Quran ini telah dilaksanakan bagi menghubungkan komuniti luar sama ada luar dan dalam negara untuk sama-sama menhayati keindahan Ramadhan Sesi Perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dr Haji Azhar Bin Haji Ahmad, Pengarah Pendidikan Bahagian Islam, KPM. Sesi bacaan 30 Minit oleh Jemaah SMK Agama Miri Perasmian juga turut dihadiri oleh Puan Marini Binti Juraibi, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SM
“REKAYASA ILMU, AKHLAK BESTARI, UNGGUL PERIBADI"